Uncle's Corner

Si Uncle is an expression, a called to everybody in a more sensible manner (only true in Apin-Apin area.. Keningau maybe...) we respect and honor those name called after Uncle... applicable for both sex

My Photo
Name:
Location: Keningau, Sabah, Malaysia

Teaching since 1996, Have been discipled and tend to disciple others...

Thursday, February 09, 2012

Ada Satu Cerita Politik Zaman Yesus 1

Ketika Yesus dalam saat-saat akan terangkat ke sorga, murid-muridNya bertanyakan satu soalan yang sering menjadi pertanyaan bagi banyak individu, kumpulan, puak, bangsa mahupun fahaman (politik)masa kini, iaitu: "Tuhan, maukah Engkau pada masa ini memulihkan kerajaan bagi Israel?" (kis 1:6b)
Mereka seakan tertekan akan persoalan ini.. mereka masih mempunyai pemahaman bahawa Yesus datang untuk memulihkan kedudukan politik bangsa Israel yang pada masa tersebut dijajah oleh Empayar Rom. Pada saat-saat Yesus mahu terangkat ke sorga, mereka tertanya-tanya bila lagi pemulihan tersebut dilakukan oleh Yesus.

Tetapi jawapan Yesus berikut merupakan bukan sahaja menyatakan 'worldview' Yesus tentang politik dunia tetapi juga meletakkan kedudukan kita sebagai orang percaya di dalam situasi politik masa kini. Jawab Yesus adalah: "Engkau tidak perlu mengetahui masa dan waktu, yang ditetapkan Bapa sendiri menurut kuasa-Nya..." (Kis 1:7a). Ini bermaksud, adalah bukannya urusan kita sama ada berlakunya atau tidak perubahan politik di satu-satu tempat. Ramai manusia melihat bahawa perubahan politik adalah disebabkan oleh inisiatif dan usaha manusia, sebenarnya ianya sepenuhnya di dalam wibawa dan pengaruh Tuhan sendiri.

Perkataan 'engkau' merujuk kepada individu atau merujuk kepada satu orang... yang bertanya adalah beberapa murid Yesus, tetapi Yesus membahasakan diri mereka sebagai individu berasingan. Ini bermaksud apabila kita memasuki atau campur tangan dalam soal dan urusan Tuhan mengenai politik dunia, kita cenderung menjadikan diri kita bersifat individualistik dan mengakibatkan perpecahan dan keretakan kesatuan. Memang benar pada hakikat masa kini bahawa politik lebih banyak mempromosikan fahaman perkauman, asubiah dan juga menanamkan sikap benci, prasangka dan kepahitan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home